Program Penulisan Pelajar Garena

Mata pena lebih tajam daripada sebatang pedang! Bagi penulis eSukan, ia bukan bergantung kepada jumlah perkataan yang mampu di ungkai bagi menjelaskan situasi.

Akan tetapi, keupayaan penulis untuk menghasilkan jalan cerita yang boleh berhubung dengan pembaca..dan menyampaikan kepada semua komuniti “FIFA Online 3”.

Di dalam program ini, peserta akan di letakkan di dalam situasi yang berbeza yang boleh meningkatkan kemahiran penulisan mereka semasa sesi temu bual pemain dan berpeluang untuk menjalinkan hubungan kerja bersama agensi media terbesar di Malaysia. Kami mencari pelajar yang bersemangat dan mempunyai minat menjadi pencerita. Adakah anda yang kami cari? Teruskan membaca.

Bagaimana Saya Boleh Menjadi Sebahagian Dari Program Ini?

Bagi setiap penyertaan, adalah penting untuk anda sertakan bersama perkara tertera dan satu artikal di dalam Bahasa Inggeris/Bahasa Malaysia berdasarkan pilihan tajuk di bawah:

Kejohanan Kebangsaan Musim ke-6 Peringkat Akhir

Tarikh Tutup: 25 Jun 2017

*Tempat adalah terhad! 20 orang peserta akan dijemput ke pejabat Garena Malaysia

Apakah faedah menyertai program ini?

  1. Mendapat akses sesi temu bual bersama pemain
  2. Aksess eksklusif ke belakang takbir atau studio semasa acara bermula

Dan banyak lagi..

Apakah kelayakan yang diperlukan? Bagaimana untuk saya menyertai program ini?

  1. Masih menuntut di kolej atau universiti
  2. Boleh menulis di dalam Bahasa Inggeris

Bagi yang berminat, sila email penyertaan lengkap anda seperti yang dinyatakan di bawah ke: [email protected]

  • Nama Penuh
  • Garena UID
  • Kad Pengenalan
  • Umur
  • Universiti/Kolej
  • Kursus Pengajian
  • ID Pelajar
  • Sudah berapa lama anda bermain FIFA Online 3?
  • Sertakan bersama artikal 500 patah perkataan anda mengenai “Kejohanan Kebangsaan Musim ke-6 Peringkat Akhir”

 

 

Sumber: Garena Malaysia

TAGS

RELATED NEWS

+