Project CARS 3 akan tiba di PC, PS4, dan Xbox One pada 28 Ogos ini

Judul terbaru dalam siri Project CARS iaitu Project CARS 3 diumumkan pada beberapa minggu lepas. Pada waktu itu, tiada tarikh pelancaran didedahkan tetapi penerbitnya kini telah mengumumkan perkara tersebut.

Bandai Namco telah mengumumkan bahawa permainan video perlumbaan terbitan mereka itu akan dilancarkan di PC, PlayStation 4 (PS4), dan Xbox One pada 28 Ogos tahun ini.

Seperti judul pertama dan kedua Project Cars, judul ini dibangunkan oleh Slightly Mad Studios. Ia akan mengandungi lebih daripada 200 kereta perlumbaan dan 140 litar antarabangsa.

Untuk maklumat lanjut mengenai pelbagai ciri-ciri menarik yang akan muncul dalam permainan video ini, anda boleh melayari laman web rasmi Project CARS.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+