Project Cars 3 diumumkan, akan dilancarkan di PC, PS4, dan Xbox One

Bandai Namco Entertainment telah mengumumkan Project Cars 3, judul terbaru dalam siri permainan video perlumbaan Project Cars. Seperti judul-judul sebelumnya, ia dibangunkan oleh Slightly Mad Studios.

Sebuah trailer pengumuman untuk Project Cars 3 telah dimuat naik di laman YouTube Project Cars. Ia mempertunjukkan permainan perlumbaan judul ini serta aspek pengubahsuaian kereta.

Pihak penerbit dan pembangun tidak memberikan tarikh pelancaran yang tepat tetapi hanya menyatakan ia akan dilancarkan pada musim panas tahun ini. Ia akan tiba di PC, PlayStation 4 (PS4), dan Xbox One.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+