Project NEXT – Zilong, Eudora dan Miya remake berserta logo baharu

Permainan mudah alih terus berkembang dan Mobile Legends: Bang Bang juga tidak terkecuali.

Buktinya, menerusi pelancaran trailer baharu berjudul Beyond Legends, Moonton komited untuk membawa kembali wira-wira lama bagi mengadaptasi dengan meta dan gaya permainan terkini. Tiga hero penting iaitu Eudora, Zilong dan Miya adalah watak utama dalam trailer tersebut.

Dengan penampilan baharu, mereka juga akan menerima kemaskini dari segi kuasa serangan (perubahan skills).

Trailer ini juga menekankan lagu tema yang membina semangat dan menunjukkan dedikasi Moonton terhadap projek NEXT ini.

Selain itu, Mobile Legends: Bang Bang kini berwajah baharu dengan logo baharu dilancarkan pada 6 September lalu. 

Intipati perubahan logo ini menunjukkan Moonton bersedia dengan perubahan baharu iaitu membawakan pengalaman lebih baik dan menambah baik wira-wira lama kepada pemain. 

Nantikan pelancaran projek NEXT pada 22 September ini.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+