Promosi Days of Play tawarkan PS4 Mega Pack pada harga RM1,099 serta banyak lagi diskaun hebat

Bermula dari hari ini, promosi Days of Play oleh Sony akan berlangsung sehingga 16 Jun 2020. Promosi ini menawarkan konsol PlayStation 4 (PS4), alat kawalan PS4, dan banyak lagi pada harga diskaun yang menarik.

Terdapat dua set konsol PS4 yang ditawarkan potongan harga dalam promosi ini. Set PS4 Pro 1TB bersama God of War dan The Last of Us Remastered dijual pada harga RM1,399 (potongan RM400).

Set PS4 1TB Mega Pack yang datang bersama tiga permainan video iaitu Grand Theft Auto V (GTA V), God of War, dan Horizon Zero Dawn: Complete Edition pula dijual pada harga RM1,099 (potongan RM250).

Alat kawalan PS4 iaitu Dualshock 4 juga mendapat potongan harga dalam promosi ini. Anda boleh mendapatkannya pada harga RM179 (potongan RM60).

Pembelian Dualshock 4 dan set konsol PS4 di atas boleh dibuat di kedai-kedai yang disahkan oleh Sony. Anda juga boleh membuat pembelian dalam talian melalui Sony Store Online.

Jika anda berminat untuk melanggani PlayStaion Plus, anda sangat bernasib baik. Promosi ini menawarkan langganan 12-bulan PlayStation Plus pada harga RM111 (potongan 30%). Jika anda membeli kad langganan 12-bulan PlayStation Plus pula, anda akan menerima langganan percuma bertempoh empat bulan.

Banyak permainan video PS4 fizikal dan digital juga diberikan potongan harga. Untuk promosi permainan video PS4 fizikal, anda boleh rujuk di laman web rasmi PlayStation.

Di PlayStation Store, terdapat banyak permainan video PS4 yang boleh dibeli pada potongan harga yang hebat. Berikut adalah senarai beberapa judul hebat yang menerima potongan harga dalam promosi Days of Play:

  • God of War – RM31.60
  • Marvel’s Spider-Man: Game of the Year Edition – RM76.05
  • Resident Evil 2 – RM88
  • Devil May Cry V – RM88
  • Death Stranding – RM95.60
  • Detroit: Become Human – Rm35.55
  • Assassin’s Creed: Odyssey – RM93.20

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai promosi Days of Play dan segala tawaran hebat yang disediakan, anda boleh merujuk laman web rasmi PlayStation.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+