PS5 akhirnya didedahkan, versi digital-sahaja juga akan dilancarkan

Pada penghujung pembentangan PS5: The Future of Gaming, Sony akhirnya mendedahkan konsol mereka yang seterusnya iaitu PlayStation 5 (PS5).

Seperti alat kawalan DualSense yang didedahkan sebelum ini, warna utama konsol tersebut adalah putih dan juga mempunyai bahagian berwarna hitam.

Tidak seperti reka bentuk PlayStation 4 (PS4), PS5 mempunyai reka bentuk yang lebih berlengkung dan warna utamanya membuatkan ia menjadi sebuah peranti minimalistik.

Terdapat dua versi konsol tersebut yang akan dilancarkan. Satu adalah versi biasa yang mempunyai pemacu cakera optik dan satu lagi adalah versi digital-sahaja yang tidak boleh menerima cakera optik.

Selain bentuk konsol utama, beberapa aksesori PS5 lain juga dipertunjukkan. Sony akan melancarkan sebuah headset nirwayar Pulse 3D, alat kawalan jauh media, stesen pengecasan DualSense, dan juga kamera HD.

Malangnya, harga dan tarikh pelancaran untuk PS5 dan segala aksesori di atas masih belum diumumkan. Pada awal bulan Februari, Bloomberg melaporkan bahawa kos pembuatan PS5 sangat tinggi dan ada kemungkinan ia akan dijual pada harga RM1,950.

Untuk mendapatkan lebih maklumat mengenai PS5 dan permainan video yang bakal dilancarkan untuknya, pastikan anda ikuti MyGameOn untuk mendapatkan berita tentang pengumuman dan pendedahan terbaru.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+