PUBG dan Street Fighter V percuma di PS4 untuk pelanggan PS+ bulan September

Permainan percuma PlayStation 4 (PS4) untuk pelanggan PlayStation Plus bulan ini adalah PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) dan Street Fighter V. Kedua-dua permainan tersebut boleh ditebus sekarang.

Bagi pemain PS4 yang minat permainan battle royale seperti Fortnite, Apex Legends, dan Call of Duty: Warzone, ini adalah peluang anda untuk mencuba PUBG pula jika anda belum pernah mencubanya.

Pelanggan PlayStation Plus juga boleh mendapatkan Drop Pack percuma. Pemain akan menerima set pakaian Killer Clown, skin BATTLESTAT untuk senjata SLR, dan 5 Levels.

Pemain PS4 juga akan menerima skin percuma pada setiap hujung bermula dari 4 September hingga 28 Oktober.

Permainan pertarungan Street Fighter V sememangnya sudah terkenal oleh hampir semua orang. Tawaran percuma ini juga hadir bersama tema PS4 Shinkiro.

Tawaran percuma PlayStation Plus ini akan berakhir pada 6 Oktober ini.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+