PUBG Mobile Adalah Permainan Mudah Alih Terlaris Pada Bulan Januari 2020

PlayerUnknown’s Battlegrounds mudah alih (PUBG Mobile) boleh dikatakan mobile game paling popular dan untang di dunia dari segi pendapatan selama lima bulan.

Ini ditunjukkan menerusi rekod dari Sensor Tower yang mengeluarkan data untuk bulan Januari.

PUBG Mobile berjaya mendapatkan keuntungan sebanyak AS$176.3 juta untuk pembangunnya, Tencent. Angka itu adalah empat kali ganda lebih banyak berbanding Januari tahun lepas. 

Menurut laporan dari Revival TV, Tencent mencatatkan pertumbuhan 540% dan sebahagian besar adalah dari China yang merangkumi 52.% keseluruhan pendapatan pada Januari 2020.

Di tempat kedua, Honor of Kings mengikuti rapat dengan keuntungan AS$151.3 juta.

Selain itu, PUBG Mobile juga berulang kali cuba untuk tingkatkan popularitinya menerusi kandungan-kandungan menarik dan kolaborasi antara Capcom seumpamanya.

Sumber: Revival TV

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.

Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+