PUBG Mobile: Bigetron Malaysia 2020 – Naeem, Zully, Hijrah Dan Kevin

Selepas pengumuman kemasukan mereka ke arena e-sukan di negara ini, Bigetron Malaysia kini mengumumkan lineup penuh bagi pasukan PlayerUnknown’s Battlegrounds mudah alih (PUBG Mobile).

Sebelum ini, mereka mendedahkan pemain-pemain ini secara berperingkat di laman sosial:

  • Zulfadli Abdul Rahman (ZullyxGaming)
  • Mohammad Naim Wahid (Naeem)
  • Kevin Kay Meng Chuan (KevinxGaming)
  • Albar Fahreza (Hijrah) 

Dalam keempat-empat pemain ini, Hijrah adalah satu-satunya pemain Indonesia yang pada asalnya di bawah Bigetron ION (tapi kini dibubarkan).

Zully pula pernah bersama Yoodo Gank bermain di liga Asia Tenggara PMCO Fall Split.

Sementara itu, Khairunnazri Masli ataupun Boyka menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Terence Yong pula sebagai Pengurus Besar.

CEO Bigetron Esports, Edwin Chia berkata hasrat mereka untuk menerokai pasaran e-sukan di Malaysia adalah disebabkan statistik peminat dari Malaysia yang di luar jangkaan dan status pasaran yang belum diteroka.

Pada kejohanan akan datang, pemain-pemain ini akan membawa nama Bigetron Malaysia di dalam pertandingan.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+