PUBG Mobile catat 1 bilion muat turun

PUBG Mobile kini mencatatkan sebanyak 1 Bilion jumlah muat turun di seluruh dunia. 

Ia diumumkan dalam satu ciapan ringkas Twitter rasmi PUBG Mobile.

PUBG Mobile sekarang ini sedang menjalankan liga profesional (PMPL) Malaysia dan Singapura musim ketiga yang berlangsung sehingga 25 April ini (grand final).

Malah, permainan mudah alih terbaharu, PUBG: New State yang menampilkan senjata-senjata futuristik juga turut diumumkan. Adakah permainan ini akan memberi kesan kepada jumlah pemain aktif di PUBG Mobile? kita nantikan.

RELATED NEWS

+