PUBG Mobile: EVOS VIP – Yakuza, Apick, Hyqul Dan Razor

Organisasi e-sukan terkemuka dari Indonesia, EVOS Esports akhirnya mengumumkan kemasukan mereka ke dalam arena e-sukan negara dengan kolaborasi bersama Victorious In Play (VIP)!

Pasukan ini dijenamakan semula sebagai EVOS VIP dan akan membawa nama EVOS dalam mana-mana pertandingan disertai.

Ini adalah lineup penuh pasukan tersebut:

  • Muhammad ‘Yakuza’ Afiq
  • Muhammad ‘Apick’ Syafiq
  • Ahmad Danial ‘Hyqul’ Haiqal
  • Wan ‘Razor’ Muhammad Irfan

Seperti yang kita tahu, Yakuza adalah satu-satunya pemain VIP yang tinggal selepas beberapa pemain asal meninggalkan skuad tersebut. Hyqul pula kembali menyertai selepas tidak lagi bersama dengan Team Secret. Apick pula adalah pemain VIP yang sudah bersama sejak awal namun bukan dalam skuad VIP Senior.

Pasukan VIP Squad sebelum ini pernah menyertai liga Asia Tenggara PMCO Spring dan Fall Split. Mereka juga pernah berentap di PMCO SEA Grand Final di Jakarta, Indonesia.

Dalam satu kenyataan, EVOS memahami cabaran baru berada di pasaran Malaysia dan akan mengambil masa sebelum operasi berjalan dengan lancar sepenuhnya.

Namun, mereka juga yakin kolaborasi bersama VIP mampu mengembangkan lagi pengaruh mereka di negara ini.

EVOS Esports beroperasi di lima negara dengan 15 pasukan dan lebih 60 pemain. Mereka mempunyai beberapa pasukan e-sukan antaranya Mobile Legends, Arena of Valor, Dota 2, League of Legends dan FIFA.

RELATED NEWS

+