PUBG Mobile: Genexsus Mengejutkan Kesemua Pasukan, Muncul Juara PMCO Malaysia Finals – Bawa Pulang RM16,322

Selepas bertanding menerusi pusingan kelayakan dalam talian tak lama dulu, akhirnya skuad Genexsus menjuarai PUBG Mobile Club Open Malaysia Finals sebentar tadi apabila mereka berentap bersama 15 lagi skuad lain bagi merebut slot ke PMCO SEA Semi Final di Shanghai, China.

Dalam 6 pusingan yang begitu sengit, Genexsus berjaya mendapat dua chicken dinner dan 59 jumlah pembunuhan sekali gus mendapat skor keseluruhan 179 mata. Kemenangan itu juga bermakna mereka turut membawa pulang wang tunai RM16,322 dan layak ke PMCO SEA Semi Final yang akan diumumkan tarikhnya kemudian. Juga empat pasukan lain yang layak ke saringan itu adalah:

2. VIP Squad 

3. Junior Talent

4. Yoodo Gank

5. AROV Esports

Bagi yang tak dapat usha livestream atau saksikan secara langsung di Quill City Mall hari ini, korang boleh ke Facebook PUBG Mobile  bagi menonton tayangan ulangan di sana.

PUBG Mobile Club Open Malaysia Finals dianjurkan oleh VSPN dengan kerjasama Mineski Events Team (MET) Malaysia dan disokong oleh Tencent.

RELATED NEWS

+