PUBG Mobile Global Championship – Hadiah terkumpul RM8 juta, penyertaan seluruh dunia

Bermula November ini, landskap e-sukan PUBG Mobile bakal berubah dengan gabungan Liga Dunia dan Kejohanan Dunia yang digelar PUBG Mobile Global Championship.

Yang menariknya, ia membabitkan penyertaan seluruh negara dari semua rantau iaitu Amerika, Eropah, Asia Selatan, Asia Tenggara, Timur Tengah dan China untuk bertanding merebut hadiah terkumpul RM8 juta.

“Disebabkan pandemik berskala global, tak mungkin ada penonton di acara PMGC Season Zero tapi jika ia selamat diadakan, liga ini akan diadakan pada akhir November, yang akan berlangsung di beberapa studio,” kata Tencent dalam satu kenyataan.

Sejak dilancarkan pada 2018, PUBG Mobile sudah pun menjadi salah satu permainan mudah alih fenomena dengan 50 juta pemain aktif serta versi mudah alih sendiri di China yang dipanggil Game for Peace (direka khas untuk menepati garis panduan kerajaan China terhadap unsur keganasan). 

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+