PUBG Mobile: Pendaftaran Untuk PMCO Spring Split 2020 Akan Dibuka Tak Lama Lagi

Selepas lama menunggu, nampaknya peminat dan pemain PlayerUnknown’s Battlegrounds mudah alih (PUBG Mobile) boleh bersorak gembira apabila pendaftaran bagi kejohanan PUBG Mobile Club Open (PMCO) musim bunga 2020 akan dibuka tidak lama lagi!

Berita baik ini diumumkan di Twitter rasmi mereka:

Walaupun tiada tarikh rasmi untuk pendaftaran ini, tapi ia pastinya akan diumumkan dalam masa terdekat dalam bulan ini.

Sebelum ini, PMCO Asia Tenggara Musim Bunga 2019 mengumpulkan lima pasukan negara, AROV Esports, Team Secret, Yoodo Gank, Junior Talent dan ViP Squad bertanding selama lima minggu bagi liga di China.

Mereka kemudiannya sambung ke Grand Final PMCO Asia Tenggara Musim Bunga yang bertempat di Jakarta, Indonesia, menyaksikan Team Secret peroleh slot ke Global Final di Berlin, Jerman.

RELATED NEWS

+