PUBG Mobile perkenalkan Royale Pass Musim 13, pelbagai kostum baru!

Bermula esok, PUBG Mobile akan memperkenalkan Royale Pass bagi Musim 13 dengan tema “Toy Playground,” untuk membangkitkan nostalgia.

Dalam musim baru ini, pemain boleh mengumpulkan ganjaran bertema ini yang berbentuk seperti gear skins, kostum (outfits)  dan macam-macam lagi.

Sebagai contoh, anda perlu mengumpul bahagian-bahagian alat permainan (Carton Rangers) untuk membentuk satu kostum penuh. Bagi yang sudah memiliki Royale Pass Musim 13 esok, mereka boleh pilih Ice Ranger atau Fire Ranger pada level 50, dan menerima set Ultra Defender pada Rank 100. 

Bagi penulis, kostum ini agak sama dengan Kamen Rider.

Penambahan lain:

  • Puppet Agent – Kostum ini terbahagi kepada tiga bentuk yang boleh digabungkan untuk customization yang pelbagai. Pemain yang sudah mencapai rank tertinggi boleh naik taraf kostum ke Mythic.
  • Siri Cabaran baru – Pemain boleh unlock kenaikan taraf bagi kostum mereka dengan menyelesaikan misi istimewa Toy Mastery dan Puppet Agent.
  • Kenaikan taraf notifikasi – Setiap pengingatan misi RP sudah ditambah baik untuk pemain melihat kemajuan misi dengan mudah; juga ada pengingatan pada awal dan akhir musim.

Saksikan siaran langsung peta baru Miramar di saluran Youtube mereka.

RELATED NEWS

+