PUBG Mobile: Selamat tinggal BiuBiu..

Pemain profesional PUBG Mobile Malaysia yang kini bernaung bersama Team Secret, Jiunn Jie Kow atau Biu Biu mengumumkan meninggalkan organisasi e-sukan berkenaan dan ingin berehat sebentar dari arena kompetitif.

Dalam satu posting dikeluarkan Team Secret sendiri, mereka mengucapkan terima kasih kepada kapten skuad PUBG Mobile berusia 23 tahun itu.

Tulis mereka, perasaan bercampur sedih melepaskan permata bernilai ini untuk memulakan lembaran baru dalam kariernya. Bermula dari Genexsus, BiuBiu. menyertai Team Secret dan mencipta fenomena tersendiri.

Beliau berjaya menyertai PMCO Global, berentap di PMPL SEA dan bermacam lagi pencapaian peringkat kebangsaan.

Kini, BiuBiu pastinya akan terus memfokuskan pada kerjaya sebagai streamer sepenuh masa memandangkan beliau masih lagi bersama Facebook Gaming.

Terdahulu, BiuBiu juga pernah memegang rekod Malaysia Book of Records sebagai individu dengan Jumlah Tontonan Tertinggi Bagi Video E-Sukan di Youtube.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+