kini menyertai Team Secret. "> kini menyertai Team Secret. " /> kini menyertai Team Secret. " />

PUBG Mobile: ViP Squad Masih Menjalankan Tempoh Percubaan, Akan Umum Lineup Tak Lama Lagi

Ramai orang tertanya-tanya lineup baru pasukan Victorious in Play (ViP Squad) Senior selepas kehilangan Hyqul yang kini menyertai Team Secret. 

Pengurus ViP, Fattah Zie mengatakan lineup baru akan diumumkan dalam masa terdekat di laman Facebook ViP Squad.

“Pasal roster baru ini, sebenarnya kami (ViP) masih lagi dalam try out (tempoh percubaan) untuk menguji keserasian dan prestasi mereka.

“Setakat ini, belum jumpa yang betul-betul serasi lagi. Doakan urusan kami dipermudahkan,” katanya.

Baru-baru ini, pasukan ViP Senior terpaksa melepaskan pemain kompetitif mereka, Jumper yang kini bersama Yoodo Gank dalam lineup 2020. 

ViP Squad pernah menyertai liga Asia Tenggara PUBG Mobile Club Open (PMCO) Musim Bunga dan Musim Luruh. Mereka kemudiannya layak ke Grand Final Asia Tenggara namun terkandas untuk pergi ke Global Final.

Pemain-pemain ViP Squad kebanyakannya berpengalaman seperti Yakuza dan BenV yang juga merupakan penghibur penstriman langsung.

(Foto: ViP Squad)

RELATED NEWS

+