PUBG telah mencapai jualan lebih daripada 70 juta unit

Menurut laporan terkini daripada PUBG Corporation, permainan video mereka PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) telah mencapai jualan lebih daripada 70 juta unit. Jumlah ini diambil daripada jualan di PC, PlayStation 4 (PS4), dan Xbox One.

Ini merupakan satu pencapaian yang hebat kerana PUBG merupakan salah satu pelopor permainan video genre battle royale. Kebanyakan permainan video dalam genre tersebut yang menyusul telah dilancarkan secara percuma dalam bentuk free-to-play.

Kali terakhir laporan jualan PUBG didedahkan ialah pada Jun 2018 dan pada waktu itu, ia telah mencapai jualan sebanyak 50 juta unit. Walaubagaimanapun, pencapaian tersebut hanya mengambil kira jualan di PC dan Xbox One kerana versi PS4 masih belum dilancarkan.

Sumber: Gamesindustry.biz

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+