Pusingan Akhir FIFA Online 3 National Championship Musim 7 – Meet Team GiFTs

Pusingan Akhir bagi Kejohanan FIFA Online 3 National Championship musim ketujuh akan bermula tak lama lagi iaitu pada 11, 12 dan 13 November ini! Kali ini ia akan diadakan di Kuantan City Mall, Kuantan dan menghimpunkan empat pasukan yang sudah pun berjaya membuktikan diri mereka untuk layak ke peringkat akhir ini.

  • Merupakan roster terbaru bagi NCS7 kecuali kapten pasukan, Mushiroo.
  • Mereka memenangi 3-0 ke atas eMaster yang sebelum ini memperoleh tempat kedua dalam kejohanan sebelumnya.
  • Pasukan GiFTs boleh dikatakan mendominasi peringkat kumpulan yang mana mereka memenangi lima perlawanan berbanding dua pesaing lain dengan rekod dua perlawanan.

DARI kiri, Mohamad Izzat Bin Tajol Azmi (JatzFrost), 21, Muhammad Aiman bin Roshizam (Sekaiichi),  22, Mustakim Bin Wira’i (Mushiroo), 19 (kapten) dan Muhammad Shahmin Aiman bin Khusairi (Hoyyosh), 19

1. Tahniah kerana sudah berjaya ke final! Apa expectation kapten (Mushiroo) untuk NCS7 kali ini?

Kami sangat berharap untuk menjuarai kejohanan ini walaupun pasukan kami boleh dikatakan underdog pada musim kali ini.

2. Apa pandangan kapten dengan line up kali ini?

Line up kami kali ini boleh dikatakan sangat solid kerana setiap ahli ada kekuatan masing-masing dan terdiri dari pemain berpengalaman dalam scene FIFA Online 3.

3. Grand final sudah tentunya sengit dan mencabar. Apa persediaan atau rutin setiap ahli sebelum menyertai kejohanan ini?

Boleh dikatakan setiap hari kami berlatih sesama sendiri bagi mengekalkan corak permainan kami . Kebiasannya kami akan berlatih hingga ke sepakan penalti kerana itu adalah penentuan terakhir bagi sesebuah pasukan.

4. Adakah ibu bapa akan turut beri sokongan untuk kejohanan kali ini?

Sayangnya pada final kali ini ibu bapa kami tidak dapat hadir kerana ia diadakan di Kuantan . Walaupun mereka tidak hadir sudah tentu harapan mereka ialah ingin melihat kami sebagai juara.

5. Sebagai kapten, kamu rasa peluang untuk menang kali ini mungkin lebih tinggi berbanding sebelum ini?

Kami beranggapan bahawa final musim ini akan menjadi milik kami kerana kami mempunyai team spirit yang sangat tinggi dan kami juga memiliki player yang berpenagalaman seperti Sekaiichi dan Hoyyosh. Ini merupakan pentas final yang kedua buat mereka berdua .

6. Sebagai kapten, apa cabaran paling sukar yang korang hadapi?

Sebagai seorang kapten, cabaran yg paling susah adalah mencari masa yang sesuai untuk berlatih sebagai satu pasukan kerana setiap ahli ada komitmen dan tanggungjawab masing-masing.

Jangan lupa saksikan siaran langsung Pusingan Akhir FIFA Online 3 National Championship di TV9 pada 5.30PM, 11 November, 2017!  

TAGS

RELATED NEWS

+