Quantum Break 2 Mungkin Dalam Pra-Produksi – Menurut Game Designer, Nikoofar

Selama beberapa tahun, Remedy Entertainment memang dikenali dengan game yang berbeza konsepnya termasuk Max Payne dan sekuelnya selain Alan Wake yang dianggap game dengan pengikut yang ramai (cult). 

Sekarang, Remedy sekali lagi meneruskan formula kejayaannya dengan Quantum Break yang menjadi judul unik untuk Xbox One. Tapi persoalannya, peminat akan bertanya, ada sekuel ke tak?

Di sini pengguna Twitter bernama H.R. Nikoofar yang dikenali sebagai music composer, pengarah filem dan game designer mendedahkan sebenarnya ada sekuel! dan peluangnya sangat cerah.

“Saya tahu @remedygames sedang membangunkan Quantum Break 2,” katanya.

Ramai pengguna membalas, berkata Remedy tak mungkin menjadikan ia kenyataan kerana sedang membangunkan projek rahsia mereka iaitu P7 yang akan didedahkan di E3 bulan depan. Pada saat itu beliau menambah kepada twitnya “Tiba-tiba twit mendapat perhatian media. P7 bukan Quantum Break 2. Quantum Break 2 adalah dalam proses pra-produksi. 

Adakah Nikoofar boleh dipercayai? Pertamanya, beliau tak mempunyai kaitan dengan projek Quantum Break dan mungkin hanya meramalkan. Kedua, Remedy sedang berusaha keras membangunkan P7 dan melainkan Microsoft menyediakan dana yang besar, ia mungkin hanya spekulasi semata-mata.

Walaupun Quantum Break mendapat perhatian pengguna Xbox, ia mahal kerana Microsoft menghasilkan siri live-action yang juga terdapat dalam permainan. Kalau sekuel dalam proses, pastinya produksi itu perlu dibuat lagi dan mungkin bantuan dana untuknya agak tipis memandangkan game itu tak terjual dengan jutaan Dollar.

Jadi, sama ada Microsoft akan mengumumkan seperti twit Nikoofar masih lagi menjadi tanda tanya. Kemungkinan P7 adalah Quantum Break 2 dan mungkin juga tidak. Kita mengharapkan yang terbaik saja.

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+