RamPaGe Gaming Sekali Lagi Bawa Harapan Negara

Bercakap soal Call of Duty, kita tahu nama pasukan RamPaGe Gaming sentiasa meniti di bibir peminat yang sememangnya menantikan skuad ini sekali lagi mewakili Malaysia di kejohanan peringkat antarabangsa.
Nyata, semalam, mereka sekali lagi membuktikan skuad Harimau Malaya yang digandingkan dengan Kota Singa dan Filipina ini bukti terbisa apabila menjuarai Kejohanan Call of Duty Asia Championship 2019 yang berlangsung di Hong Kong sejak Sabtu lepas.

RamPaGe diwakili Abdul “RanGer” Hakiem sebagai kapten, Daniel “Rainyz” Ali, Sean “SeanAsia–” (Singapura), Izzul Amin (Singapura) dan Jericho Ambulo dari Filipina. Dengan kemenangan itu, mereka bawa pulang wang tunai terkumpul USD12,000 (RM48,770) dan layak ke Call of Duty World League (CWL) Anaheim Open di California, Amerika Syarikat bermula 14 hingga 16 Jun ini.

Pertahankan gelaran juara COD Asia Championship

Dalam perlawanan semalam, RamPaGe ternyata berbisa menerusi bracket utama apabila membenamkan wakil Malaysia, FaMe (2-0) dan kemudian bertemu Love Potion (2-0), juga wakil Malaysia. Mereka sekali lagi bertembung dengan Love Potion di Grand Final.

Dalam dua siri dipertandingkan, mereka berjaya meraih skor 3-2 pada siri kedua lalu melayakkan mereka menang kejohanan itu. 

 

Untuk kejohanan yang menghimpunkan skuad terbaik Asia ini, ia adalah kemenangan pertama kali untuk Daniel Ali yang baru saja menyertai skuad itu pada November tahun lalu dan keempat untuk Sean.
Sementara untuk RamPaGe, mereka kekalkan kejuaraan Asia Championship yang dimenangi tahun lepas.

Penulis ingin ucapkan sekalung tahniah kepada mereka dan semoga berjaya di CWL Anaheim Open nanti!

RELATED NEWS

+