[RASMI] Boyka Menjadi Jurulatih Bagi Skuad PUBGM Indonesia, Bigetron Esports

Pemain kompetitif yang juga kapten pasukan AROV Esports, Khairunnazri Masli, 26 atau Boyka kini sah menjadi jurulatih bagi pasukan PlayerUnknown’s Battlegrounds mudah alih (PUBG Mobile) Indonesia, Bigetron RA bagi menghadapi kejohanan PUBG Mobile Club Open (PMCO) Fall Split Prelims dan PMCO Global Finals pada akhir November ini.

Berita itu diumumkan oleh skuad Garuda itu sendiri di laman sosial Instagram:

Dalam video pendek itu, Boyka mengucapkan terima kasih kepada Bigetron dan pengurus pasukan itu di atas peluang yang diberi.

Dia sebelum ini pernah mengetuai skuad AROV yang bertanding di PMCO, Shanghai sebanyak dua kali jadi pengalamannya boleh dikatakan sangat luas. Boyka juga berpengalaman menguruskan pemain lebih muda di bawah kendaliannya. Ini boleh dilihat menerusi kepimpinannya terhadap pasukan AROV di PMCO Fall Split tak lama dulu.

Bigetron RA mendapat kedudukan pertama pada musim liga PMCO Fall Split lalu melayakkan mereka untuk bertanding di prelims.

Nantikan berita lanjut seterusnya..

RELATED NEWS

+