[RASMI] – PlayStation 5 akan dilancarkan pada 11 Disember, harga bermula RM1,869 di Malaysia

Sony Interactive Entertainment hari ini mengumumkan yang PlayStation 5 akhirnya bakal dilancarkan di Malaysia pada 11 Disember ini dan pra-tempah boleh dibuat esok di pengedar rasmi PlayStation seluruh negara.

Versi digital akan dijual pada harga RM1,869 manakala versi dengan pemacu cakera optik pula pada harga RM2,299.

Kedua-dua model PS5 ini menggunakan custom processor dengan integrasi CPU dan GPU untuk resolusi sehingga 4K dan SSD berkelajuan ultra tinggi yang membuatkan waktu muatan sepantas kilat. PS5 juga mempunyai alat kawalan DualSense yang berikan pengalaman lebih imersif.

Ini adalah senarai penuh aksesori yang boleh didapatkan bersama konsol PS5:

  • Alat kawalan DualSense™ – RM349 
  • Fon kepala PULSE 3D™ – bersama sokongan 3D Audio dan mikrofon dual noise-cancelling – RM469 
  • Kamera HD – bersama dual lensa 1080p untuk sesi tayangan permainan – RM279 
  • Media Remote – untuk navigasi filem dan servis penstriman dengan mudah RM149 
  • Stesen pengecasan DualSense™  – RM149

Artikel berkaitan: 10 permainan PS5 paling dinanti-nantikan

RELATED NEWS

+