Ratchet & Clank: Rift Apart boleh pra-tempah dengan harga bermula RM299

Kuala Lumpur: Sony Interactive Entertainment (SIE) mengumumkan permainan siri baharu Ratchet & Clank: Rift Apart oleh Imsoniac Games boleh di pra-tempah bermula hari ini sehingga tarikh pelancaran pada 11 Jun ini.

Permainan ini akan ditawarkan dengan harga RM299 bagi edisi fizikal dan digital. Manakala Edition Digital Deluxe pula ditawarkan dengan harga RM399.

Pemain juga akan menerima kod bagi setiap pra-tempahan. Pemain akan menerima Pixelizer Weapon, set Carbonox Armour dan set magnet untuk pra-tempahan edisi standard fizikal. Bagi edisi standard digital pemain hanya akan mendapat Pixelizer Weapon dan set Carbonox Armour.

Untuk edisi digital deluxe pemain akan mendapat Pixelizer Weapon,, set Carbonox Armour , lima armor tambahan, pek stiker untuk mod foto, 20 Raritanium (bahan upgrade dalam game), sountrack digital dan buku seni digital.

Sesi pra-tempahan boleh dibuat melalui mana-mana pengedar Playstation untuk versi fizikal dan melalui PS Store untuk versi digital.

RELATED NEWS

+