Razer Con 2020 – Apa yang menarik?

Razer akan menganjurkan acara digital pertama seumpamanya, dipanggil Razer Con 2020.

Ia akan bersiaran langsung di Twitch, Facebook, Youtube dan Twitter milik Razer pada 10 Oktober (12 tengah malam, Rabu) malah acara itu menjanjikan banyak aktiviti dan pendedahan kepada peminat. Antaranya:

  • Ucapan dari Ketua Pegawai Eksekutif Razer, Min-Liang Tan dari sudut yang menunjukkan keindahan bangunan pencakar langit di Singapura.
  • Penstriman langsung pencahayaan RGB pertama
  • Panelis dari pengurus produk Razer akan umumkan produk baru dan menerangkan ciri-cirinya.
  • Kandungan dari beberapa studio gaming seperti Perfect World Entertainment, Romero Games, Paradox Interactive dan rakan teknologi seperti Intel, NVIDIA dan Western Digital.
  • Sesi temu ramah dan Q&A diadakan secara dalam talian bersama beberapa streamer dan personaliti gaming seperti CloakZy dan CourageJD.
  • Beberapa persembahan menarik dari EDM dan band metal yang diterajui oleh Sabatan dan Herman Li dari DragonForce berserta tetamu istimewa Tosin Abasi dan Tim Henson.

Pastinya penonton dari rumah akan menerima banyak ganjaran seperti kandungan dalam permainan, kunci. beta dan hadiah utama, Razer Blade 15 menerusi cabutan bertuah.

Menurut Razer, mereka akan meletakkan latar tempat yang mempunyai elemen mixed-reality yang imersif dengan menyertakan efek realiti maya terimbuh dan visual diambil dari fotografi dunia nyata.

Peminat yang ingin mengambil tempat dalam acara ini boleh mendaftar di SINI.

RELATED NEWS

+