Razer melancarkan papan kekunci Razer Ornata V2, berharga RM499

Razer baru-baru ini melancarkan produk papan kekunci Ornata terbaru iaitu Razer Ornata V2, berharga RM499.

Ia menggunakan teknologi switch Hybrid-Mecha-Membrane yang memberikan pengalaman typing dengan lebih lembut dan selesa di butang-butang mekanikal.

Ditambah baik dari produk terdahulu, ia mempunyai tiga butang media iaitu skip, play, pause dan pengawal volum di satu kawasan yang boleh diprogramkan menerusi Razer Synapse 3.

Untuk jangka masa permainan lebih lama, Ornata V2 dihadirkan dengan tempat rehat pergelangan tangan yang disambungkan dengan papan kekunci. Menerusi teknologi Razer Synapse 3 ini, pengguna boleh programkan macros, meletakkan binding pada butang dan menggunakan profil custom. Ia juga mempunyai lampu RGB Razer Chroma yang unik dan diintegrasikan dengan lebih 100 judul permainan termasuk Apex Legends, Fortnite, Warframe dan banyak lagi.

Untuk info lanjut, anda boleh layari laman web rasmi Razer

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

 

RELATED NEWS

+