Razer Pay Umum Supply Drop Initiative – Kejohanan Online PUBG Mobile

Punca pendapatan kebanyakan rakyat Malaysia terjejas akibat krisis COVID-19. Bagi anda yang berbakat dalam permainan video, anda boleh cuba menyertai kejohanan-kejohanan e-sukan dalam talian yang berlangsung di Malaysia untuk memenangi wang.

Antara kejohanan yang baru sahaja diumumkan ialah Supply Drop Initiative yang dianjurkan oleh Razer Pay dan The Gaming Company (TGC). Ia merupakan sebuah kejohanan PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) Mobile yang akan berlangsung dari 4 April sehingga 25 April 2020 secara dalam talian sepenuhnya.

Apa yang menarik tentang kejohanan ini ialah ia menawarkan hadiah kemenangan sebanyak RM1,000 setiap hari semasa kejohanan ini berlangsung. Pihak Razer Pay menyatakan para pemenang boleh menggunakan wang tersebut untuk membeli barang keperluan untuk keluarga dan rakan-rakan mereka melalui Razer Pay E-Wallet.

Hadiah keseluruhan kejohanan ini adalah RM22,000 dalam bentuk Razer Pay Vouchers. Sesiapa sahaja boleh mendaftar untuk menyertai kejohanan ini, tidak kira pemain biasa atau profesional. Anda boleh mendaftar di laman web rasmi Supply Drop Initiative.

Livestream untuk kejohanan ini akan disiarkan pada setiap hari Rabu, Khamis, Jumaat, dan Ahad. Livestream akan disiarkan melalui laman Facebook Orange Esports Cafe dan The Gaming Company.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+