Ready Player One Akan Mendapat Edisi Blu-Ray, HD Digital Untuk Ditonton Di Rumah

Masih ingat filem Ready Player One arahan pengarah Steven Spielberg yang memenangi Oscar tiga kali? Walaupun terdapat perubahan sikit pada cerita dan perubahan karakter, filem itu sangat menguntungkan dengan kutipan USD$576 juta di box office.

Untuk mengembangkan lagi pengaruh filem itu, Warner Bros. Pictures mengumumkan keluaran video di rumah (home video) untuk Ready Player One! Filem yang membintangi Tye Sheridan, Olivia Cooke, Ben Mendelsohn, Mark Rylance dan Simon Pegg itu akan hadir dalam HD Digital pada 4 Julai diikuti dengan keluaran 4K HD Ultra, Blu-Ray 3DDVD dan Blu-Ray pada 24 Julai.

Kalau korang ingin menyokong filem antarabangsa dan menunjukkan semangat gamers korang mencari easter egg, bolehlah dapatkan CD ini di kedai CD terdekat nanti.

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+