Red Alert Mobile Diumumkan – Peminat Command & Conquer Menghentam Trailer Dari Tencent

Masih ingat siri Red Alert yang popular suatu ketika dulu? Game berkonsepkan Real Time Strategy (RTS) yang memfokuskan pembinaan bangunan dan menghasilkan askar serta kereta perang antara Soviet dan Alliance. 

Kali ini, giliran Tencent pula mengambil alih untuk membawakan game penuh nostalgia ini ke dalam peranti mudah alih. Dinamakan Red Alert Online, ia adalah permainan keluaran syarikat China itu dan berlesen.

Walau macam mana pun, melihatkan kepada komen video di Youtube dan dari screenshot permainan itu sendiri, ramai yang tak bersejutu ia diportkan di permainan mudah alih kerana jika diperhatikan, gaya permainannya seakan Clash of Clans (bina bangunan dan ambil masa lama menunggu). Bagi peminat WestWood dan siri C&C ini, pastinya ia agak mengecewakan mereka jika francais agung yang bertahan lebih 20 tahun ini diguna pakai hanya untuk mengaut keuntungan semata-mata.

 

 

Korang boleh saksikan video trailer itu di sini dan perhatikan komen pengguna Youtube di bawahnya. Bagi tarikh rasmi dilancarkan, ia masih lagi menjadi tanda tanya dan mungkin akan dikeluarkan di pasaran China sahaja.

Sumber: Red Alert Mobile

RELATED NEWS

+