Rekod Tanpa Kalah, Liquid Mara Di Upper Bracket Akhir Dota Pit Minor

Team Liquid semalam membedil pasukan Newbee 2-0 dalam perlawanan pembukaan Dota Pit Minor yang mengumpulkan 8 pasukan Dota 2 seluruh dunia selain menawarkan prize pool sebanyak AS$300,000 (RM1.27 juta).

Walaupun mereka perlu bermain di bawah patch baru nampaknya ia tak memberi kesan kepada prestasi Liquid yang mara ke pusingan seterusnya .

Dengan rekod tanpa kalah, Liquid sebelum ini menang ke atas pasukan Korea Selatan, Immortals yang dibentuk sejurus berakhirnya The International. Kemungkinan pasukan disegani dari Eropah itu akan bertembung dengan Virtus Pro dan OG.

PERNAH memenangi The International 7 baru-baru ini. FOTO: FB Miracle-

Pasukan dianggotai Miracle-, Mind Control, GH, Kuroky dan Matumbaman ini pernah membolot trofi Aegis of the Champions di The International 7 baru-baru ini. Bagaimanapun, prestasi mereka tetap konsisten selepas memenangi kejohanan StarLadder i-League Invitational Season 3, antara pencapaian terbaru mereka setakat ini.

RELATED NEWS

+