Re:Legend akan dilancarkan di konsol dan PC pada musim bunga 2021

Studio pembangunan permainan video tempatan Magnus Games bersama penerbit 505 Games telah mengumumkan bahawa permainan mereka Re:Legend akan dilancarkan untuk PC, PlayStation 4 (PS4), Xbox One, dan Nintendo Switch pada musim bunga 2021.

Pada waktu ini, Re:Legend sudah boleh dimain di PC dalam bentuk Early Access. Versi yang akan dilancarkan pada tahun depan ialah versi penuh atau versi 1.0. Ia akan mengandungi lebih banyak kandungan untuk dinikmati oleh para pemain.

Re:Legend merupakan sebuah permainan yang menggabungkan aspek-aspek seperti memburu dan memelihara raksasa, pertanian, dan pembuatan senjata serta perisai. Pada pendapat penulis, ia ibarat Monster Hunter bertemu Pokemon dengan sedikit elemen Harvest Moon.

Jika anda berminat untuk mencuba permainan ini, versi Early Access di Steam kini dijual pada harga diskaun iaitu RM29.40 (harga asal ialah RM49.00) bersempena dengan Jualan Musim Luruh Steam.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+