Remedy Entertainment Akan Mengumumkan Permainan Video Terbaru Di E3 Jun Ini

Remedy Entertainment yang terkenal dengan permainan Alan Wake dan Quantum Break akhirnya mengesahkan game seterusnya yang akan diumumkan di acara Electronic Entertainment Expo (E3) pada 12 Jun ini.

Dikenali sebagai Project 7, ia dah diumumkan sejak 2016 lalu apabila berita mengenai Alan Wake dan studio Max Payne yang menamatkan kolaborasi mereka dengan Microsoft dan membawakan game itu ke pasaran dengan publisher baru.

Publisher itu ialah 505 Games dan mereka akan dedahkan footage atay pandang pertama P7 di E3. Belum ada maklumat lanjut mengenai P7 tapi ia dikatakan akan dikeluarkan di PC, PlayStation 4 dan Xbox One. Sebelum ini, 505 pernah mengeluarkan game seperti Underworld Ascendant, Indivisible dan Bloodstained: Ritual of the Night.

 

Apa yang pasti, game ini mungkin akan membawa elemen yang terdapat dalam kedua-dua game ataupun atmosfera yang lebih kurang sama bagi mengekalkan identiti Remedy Entertainment.

Sumber: Pcgamesn

RELATED NEWS

+