Resident Evil 2 Remake Memenangi Best Of Show E3 2018

E3 baru saja berakhir bulan lalu dan pemenang Game Critics Awards dah pun diumumkan. Walaupun terdapat banyak kejutan daripada syarikat gergasi yang menyertai, Capcom memenangi persembahan kali ini dengan permainan mereka, Resident Evil 2.

Acara itu dijalankan oleh Geoff Keighly dan menerima undi dari beberapa outlet terkemuka permainan video termasuk USgamer. Anugerah itu dibahagikan kepada beberapa kategori pencapaian seperti Persembahan Terbaik, Permainan Konsol Terbaik, Permainan Terbaik Mengikut Genre dan macam-macam lagi.

Ini adalah senarai setiap pemenang mengikut kategori:

Persembahan Terbaik – Resident Evil 2 (Capcom)

Permainan Asal Terbaik – Dreams (Media Molecule/SIE)

Permainan Konsol Terbaik – Marvel’s Spider-Man (Insomniac Games/SIE)

Permainan VR-AR Terbaik – Tetris Effect (Resonair/Enhance/Monstars Inc.)

Permainan PC Terbaik – Anthem (BioWare/EA)

Perkakasan/Peripheral Terbaik – Xbox Adaptive Controller (Microsoft)

Permainan Aksi Terbaik – Anthem (BioWare/EA)

Permainan RPG Terbaik – Kingdom Hearts 3 (Square Enix)

Permainan Perlawanan Terbaik – Super Smash Bros. Ultimate (Bandai Namco Studios/Sora Ltd./Nintendo)

Permainan Perlumbaan Terbaik – Forza Horizon 4 (Playground Games/Turn 10/Microsoft Studios)

Permainan Sukan Terbaik – FIFA 19 (EA Vancouver/EA)

Permainan Strategi Terbaik – Total War: Three Kingdoms (Creative Assembly/Sega)

Permainan Kekeluargaan/Sosial Terbaik – Overcooked 2 (Ghost Town Games/Team 17)

Permainan Multi-Pemain Dalam Talian Terbaik – Battlefield V (EA DICE/EA)

Permainan Indie Terbaik – Ori and the Will of Wisps (Moon Studios/Microsoft)

Permainan ‘Ongoing’ Terbaik – Fortnite (Epic)

Penilaian Istimewa Untuk Grafik – Cyberpunk 2077 (CD Projekt Red), The Last of Us Part 2 (Naughty Dog/SIE), Ghost of Tsushima (Sucker Punch/SIE)

Penilaian Istimewa Untuk Bunyi – The Last of Us Part 2

Penilaian Istimewa Untuk Inovasi – Cyberpunk 2077

Yang nyata, Capcom membuat kejutan yang hebat kepada semua dengan Resident Evil 2 Remake yang memberi nafas baru dengan mengubah grafik menggunakan RE Engine, memasukkan elemen baru dan macam macam lagi. Ia mungkin bukanlah game asal tapi mempunyai tarikan tersendiri

RELATED NEWS

+