Resident Evil 3 Edar 2 Juta Unit Dalam Lima Hari Selepas Pelancaran

Resident Evil 3 (RE3) akhirnya telah dilancarkan pada awal bulan ini dan ramai pengkritik mengatakan ia tidak sehebat Resident Evil 2 (RE2) yang dilancarkan pada tahun lepas. Walaubagaimanapun, nampaknya ia masih menerima sambutan yang baik daripada penggemar permainan video.

Capcom telah mengumumkan bahawa mereka telah mengedarkan lebih dariapda 2 juta salinan RE3 dalam tempoh lima hari selepas pelancaran. Separuh daripada jumlah tersebut datang daripada pembelian secara digital.

Apabila dibandingkan dengan RE2, ia tidak mencapai tahap kejayaan yang sama. Dalam tempoh yang sama selepas pelancaran, sebanyak 3 juta salinan RE2 berjaya diedarkan. Jumlah terkini edaran RE2 telah capai 6.5 juta unit.

Penulis merasakan jumlah edaran RE3 yang lebih rendah berbanding dengan RE2 berpunca daripada kritikan yang diterima judul tersebut. Ia dijual pada harga melebihi RM240 tetapi tempoh permainannya hanya sekitar lima atau enam jam.

Sumber: gamesindustry.biz

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+