Resident Evil 7 Akan Hadir Ke Switch Pada 24 Mei Ini – Perlukan Sambungan Internet

Resident Evil 7: Biohazard nampaknya akan terus menghantui peminat! Tapi kali ni dekat Nintendo Switch pula. Capcom mengumumkan berita baik itu hari ini.

Tapi, tak macam PlayStation 4, Xbox One dan PC, versi Switch yang dinamakan Resident Evil 7: Biohazard Cloud Version ini perlu dimainkan dengan sambungan ke Internet dan bukannya offline. Kepada peminat di Switch, usahlah hampa. Capcom juga akan menyertakan kesemua DLC yang dah keluar termasuk dalam Gold Edition untuk versi ini.

Apabila dilancarkan nanti, korang boleh mainkannya dengan harga 2,000 yen (RM72) selama 180 hari (sekurang-kurangnya 6 bulan) saja. Bagi penulis sendiri, langkah Capcom ini agak pelik kerana sebagai konsol Hibrid, Switch akan dibawa keluar setiap masa dan pastinya korang perlu berada di lokasi dengan kemudahan Internet dan WIFI untuk teruskan bermain.

Perhatikan trailer di bawah, yang mana berita pengumumannya dibuat.

Sumber: Gematsu

TAGS

RELATED NEWS

+