Rex bersama Team Secret Jin, main untuk PMPL Thailand

Bukanlah satu kejutan apabila pemain Malaysia direkrut pasukan luar negara kerana prestasi mereka. Itulah yang terjadi kepada bekas pemain Team Secret, Rex atau nama sebenarnya Asyam Allam Hafiz Syayuti.

Beliau semalam diumumkan keluar dari Team Secret untuk menyertai Team Secret Jin (divisi PUBG Mobile di Thailand).

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Secret Jin 🇹🇭 (@secretjinesports)

Ini merupakan satu pencapaian buat pemain Malaysia dipilih pertama kali bermain di liga PUBGM di Thailand.

Dalam video pendek tersebut, Rex mengharapkan doa dari rakyat Malaysia bagi menghadapi PMPL Thailand pada bulan Mac nanti.

Semoga berjaya Rex!

Foto: Team Secret Jin

RELATED NEWS

+