Rex tak lagi bersama Team Secret

Pemain profesional PUBG Mobile, Asyam Allam Hafiz Syayutii (Rex) kini tak lagi bersama skuad tersebut.

Dalam satu posting di Facebook semalam, Team Secret mengumumkan berita tersebut.

Thank you Secret REX 🖤 We couldn’t be more grateful for having shared this journey with you. So many laughs we’ve…

Posted by Team Secret on Tuesday, 16 February 2021

Ini adalah satu berita yang sangat menyedihkan buat peminat Team Secret. Rex merupakan gandingan hebat bersama uHigh dan dipuji kerana sinergi mereka berdua.

Sepanjang bersama Team Secret, Rex pernah memenangi kejohanan PMPL MYSG Fall Split 2020.

Beliau juga baru-baru ini bermain di peringkat dunia iaitu Kejohanan Global PUBGM (PMGC) yang berlangsung di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

Dalam kejohanan dunia tersebut, Team Secret meraih tempat ketujuh.

RELATED NEWS

+