notis privasi terma dan syarat untuk semua permainan Riot Games."> notis privasi terma dan syarat untuk semua permainan Riot Games." /> notis privasi terma dan syarat untuk semua permainan Riot Games." />

Riot Games bakal merakam perbualan voice chat Valorant untuk melawan pemain toksik

Baru-baru ini Riot Games membuat perubahan baru dalam notis privasi terma dan syarat untuk semua permainan Riot Games.

Cuma kali ini perbualan di dalam Valorant yang menggunakan ingame voice chat akan dirakam.

Dengan cara ini Riot Games mengesyorkan tindakan akan dikenakan kepada pemain yang mengganggu permainan orang lain, menggunakan kata-kata kesat yang berlebihan dan sebagainya.

Pemain-pemain toksik Valorant ini sudah semestinya akan mengganggu pengalaman dan keseronokan bermain.

Rakaman perbualan ini akan direkod apabila ada pemain lain membuat aduan.

Benda baru seperti ini akan menimbulkan rasa syak akan kemungkinan Riot Games mengganggu hak privasi dan keselamatan pemain Valorant.

Oleh itu, bagi pemain yang tidak bersetuju, anda boleh menggunakan Discord atau pelantar-pelantar yang lain untuk berkomunikasi semasa bermain Valorant. 

 

Bagaimana ia dilakukan?

Data rakaman audio akan disimpan oleh Riot Games apabila ada pemain lain membuat aduan mengenai pemain yang dianggap toksik semasa bermain.

Maklumat ini kemudiannya akan diselia oleh Riot Games mengikut terma. Pemain yang melanggar terma akan dikenakan tindakan dan menerima rakaman tersebut untuk didengar. 

Selepas itu, data rakaman audio akan dibuang apabila tidak diperlukan lagi. Data rakaman juga akan dibuang jika tiada kesalahan oleh pemain yang dibuat aduan. Bagi konsol Playstation pula, pemain perlu merakam sendiri dan akan dihantar untuk diselia oleh moderator. 

“Kami akan cuba untuk memberi pengalaman yang lebih baik untuk semua orang yang main permainan dari Riot Games” tulis Riot Games.

Dengan terma dan syarat baru ini semua pemain terpaksa menerima terma ini.

Bagi Weszt Hart, Head of Player Dynamics mengatakan ia satu bahagian yang diadakan oleh Riot Games bagi membolehkan untuk menjaga kesejahteraan semua pemain yang bermain Valorant, League of Legends dan lain-lain permainan dari Riot Games.

Hart memberitahu teknologi ini masih dalam pembangunan dan akan dibaik pulih lagi pada masa hadapan.

Walaubagaimanapun, Riot Games tidak menjelaskan lagi bagaimana sistem baru ini akan berjalan dan berfungsi.

Penggunaan sistem voice chat untuk dijadikan pengukur bagi pemain toksik masih dalam pembikinan baru malah tidak banyak syarikat permainan video dalam talian menggunakan sistem ini bagi melawan pemain toksik.

Riot Games menjanjikan kepada semua pemain, mereka akan lebih terbuka dan akan berkongsi selanjutnya mengenai sistem baru ini. Sistem ini akan memasuki beta di bahagian Amerika Utara sebelum digunakan di serata dunia.

RELATED NEWS

+