PERLAWANAN PERTAMA"> PERLAWANAN PERTAMA" /> PERLAWANAN PERTAMA" />

Rippo ‘tak ada obat’, berjaya bantu BTR tumpaskan EVOS Legends 2-1

PERLAWANAN PERTAMA

Pasukan BTR sekali lagi diuji untuk bermain dengan salah satu pasukan yang kuat dan sedang menguasai carta setakat ini iaitu EVOS Legends. Permainan pertama dimulakan dengan aksi yang agak pasif dari kedua-dua belah pasukan. BTR berjaya mendapatkan turtle yang pertama tanpa sebarang gangguan dari EVOS Legends pada minit ke 2.

BTR kemudiannya berjaya memecahkan skor perlawanan setelah Antimage berjaya ditumbangkan ketika beliau ingin membuat creep blocking. Seterusnya turtle kedua berjaya juga diambil oleh BTR setelah Way of Dragon yang dikeluarkan oleh Matt tepat mengenai Ferxiic. Ferxiic langsung tidak menyangkakan keadaan itu dan terus dipadamkan usahanya untuk mendapatkan turtle.

Pertarungan yang menarik tercetus pada minit ke 8 perlawanan. Ia dimulakan dengan aksi dari Ferxiic menggunakan Blazing Duet ke arah Branz, Kyy dan Renbo. Sejurus selepas itu, pasukan beliau terus membuat follow up attacck dan Luminaire berjaya mendapatkan triple kill menggunakan Selena. Di samping itu, Matt berjaya mengunci Ferxiic menggunakan Way of Dragon dan menumbangkan beliau. 

Lord yang pertama berjaya diambil oleh pasukan BTR setelah Clover dan Luminaire ditumbangkan begitu sahaja oleh Branz, damage Branz pada ketika ini telah skyrocket susulan dari farming beliau sebelum ini. Antimage yang cuba melarikan diri juga turut terkorban di dalam pertempuran merebut Lord pertama itu. 

Permainan yang pertama berjaya ditamatkan oleh BTR dengan hasil pushing dari Lord yang kedua. Ternyata Matt merupakan yang menggunakan Chou merupakan MVP bagi perlawanan pertama ini. Beliau berjaya menutup ruang yang dimiliki oleh Ferxiic untuk memberikan damage di dalam pertempuran. Way of Dragon yang digunakan telah berkali-kali menyekat Ferxiic. 

PERLAWANAN KETIGA

Ferxiic membuka tirai perlawanan terakhir dengan mendapatkan first blood ke atas Matt dengan bantuan dari Clover dan juga Luminaire. Manakala Luminaire yang cuba menggunakan recall di turret tengah telah dilambung ke arah Renbo yang sedang menunggu untuk mengeluarkan Forked Lightning. Turtle yang pertama berjaya didapatkan oleh Branz dengan menggunakan retribution di saat akhir meskipun Ferxiic menggunakan spell yang sama pada waktu itu.

BTR terus mendapat kelebihan di dalam mengawal pertama pada saat ini, mereka mempunyai kadar farming gold yang lebih laju dan pasukan EVOS Legends bermain dengan agak selamat dan cuba tidak bermain secara agresif seperti yang ditunjukkan di dalam perlawanan mereka sebelum ini. Di samping itu, skor yang diperolehi setakat minit ke 8 merupakan sumbangan yang banyak dari Rippo. Rippo cemerlang menggunakan Khaleed, mendapatkan solo kill ke atas Ferxiic pada minit ke 9.

Pada minit ke 11, Lord pertama berjaya diambil oleh BTR tanpa sebarang gangguan. Mereka dilihat sangat mendominasi pasukan EVOS Legends pada ketika ini. EVOS Legends tidak mempunyai sebarang jawapan terhadap asakan yang diberikan oleh Rippo dan pasukannya. Pushing bersama Lord itu berjaya menamatkan permainan yang terakhir tersebut dengan kemenangan menjadi milik pasukan BTR.

RELATED NEWS

+