Rocket League: Fungsi Cross-Play Ditunda Ke Tahun Hadapan

Psyonix umum fungsi cross-play bagi Rocket League ditangguhkan sehingga ke awal tahun 2019 meskipun pembangun telah berjanji untuk menyertakan cross-play pada hujung tahun 2018.

Sebab utama penangguhan fungsi ini adalah berpunca kepada sesuatu yang digelar sebagai “RocketID” oleh Psyonix. Menurut Psyonix, RocketID perlu digunakan untuk kaedah cross-play yang akan disediakan untuk “semua platform, sebaik sahaja menerima keizinan sesetengah pihak.”

Baru-baru ini, Sony akhirnya membuka pintu hati mereka untuk membenarkan cross-play, lalu menghubungkan PlayStation 4 ke konsol-konsol lain. Sebelum itu, Sony enggan memberi laluan kepada fungsi ini walhal Microsoft dan Nintendo sudah menyokong fungsi cross-play dalam video game seperti Minecraft. 

Game pertama yang mendapat kebenaran cross-play ini adalah tidak lain dan tidak bukan adalah Fortnite. Kami pernah meneka game bola sepak menggunakan pelbagai jenis kenderaan ini bakal dapat kebenaran cross-play juga!

Namun, pelaksanaan cross-play tidak semudah yang kita sangkakan. Psyonix umum, “Kami sedang bekerja keras untuk memastikan fungsi cross-play ini stabil dan siap sepenuhnya sebelum dilancarkan. Kami tahu penangguhan ini mungkin mengecewakan anda semua yang ingin fungsi ini dan kami mengucapkan terima kasih atas kesabaran anda bagi menyokong cross-play ke seluruh platform.”

Bos Sony sudah menjelaskan beberapa masalah boleh merumitkan pengalaman bermain kepada pengguna PS4. Sama seperti Sony, Psyonix juga memerlukan masa untuk melaksanakan cross-play bagi Rocket League.

Rocket League telah dilancarkan dan boleh dimainkan di PC, PS4, Xbox One dan Nintendo Switch.

Sumber: Gamesindustry.biz

RELATED NEWS

+