Rocket League Menyokong Cross-Play Di PC, PS4, Xbox One & Nintendo Switch

Sony umum Rocket League berjaya masuk dalam program beta Cross-Play PlayStation iaitu bermakna korang boleh bermain Rocket League di semua platform.

Ini bermakna korang boleh Rocket League dengan akaun yang sama di PC (Steam), PS4, Xbox One dan Nintendo Switch dalam semua mod online termasuk Casual, Competitive dan Extra Modes.

Rocket League adalah sebuah game online yang menampilkan perlawanan sengit bola sepak bukan dalam bentuk fizikal manusia tetapi dalam….. bentuk kereta.

Untuk merasai bermain bersama geng platform lain, pastikan korang semak dulu jika cross-play sudah dibolehkan dengan mengikuti langkah ini: Main Menu → Options → Bolehkan ‘Cross-Platform Play’ di bahagian Gameplay

Melalui cross-play ini, korang boleh mengadakan match dengan pemain dari pelbagai platform tetapi tak boleh buat parti berkumpulan dengan pemain lain (contohnya pemain konsol PS4 tak boleh buat parti dengan pemain di Steam). Buat masa sekarang, korang boleh main dengan kawan-kawan platform lain dengan lakukan private match dan jemput mereka masuk parti.

Sebelum ini, pembangun game, Psyonix menyatakan hasrat untuk meluaskan cross-play tetapi pihak Sony enggan membolehkan akses permainan dibuka ke semua platform dan hanya wujud antara PS4 dan PC sahaja. Namun, Sony telah melonggarkan polisi mereka dan memberi laluan cross-play untuk Fortnite serta sejurusnya dibuka untuk Rocket League pula. 

Sumber: PlayStation

RELATED NEWS

+