Rocket League versi percuma tidak memerlukan PS Plus dan Nintendo Switch Online

Psyonix telah mengumumkan bahawa Rocket League tidak akan memerlukan langganan PS Plus dan Nintendo Switch Online apabila ia dilancarkan secara percuma di PlayStation 4 (PS4) dan Nintendo Switch.

Perkara ini diumumkan dalam catatan blog terbaru di laman web rasmi Rocket League. Dalam catatan blog itu, Psyonix memberi penerangan tentang sistem baharu Musim dan Competitive Ranks yang akan diperkenalkan dalam Rocket League.

Pada waktu ini, studio tersebut masih belum mengumumkan tarikh pelancaran versi percuma Rocket League di PC, PS4, Nintendo Switch, dan Xbox One.

Mereka hanya menyatakan ia akan dilancarkan pada waktu terdekat selepas pelancaran kemaskini yang seterusnya. Kemaskini tersebut akan dilancarkan pada pertengahan bulan September.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+