Steam. Ia akan dilancarkan di platform tersebut pada 14 Oktober ini. Pada waktu ini, anda masih perlu memuat turun pelanggan RuneScape untuk main permainan itu."> Steam. Ia akan dilancarkan di platform tersebut pada 14 Oktober ini. Pada waktu ini, anda masih perlu memuat turun pelanggan RuneScape untuk main permainan itu." /> Steam. Ia akan dilancarkan di platform tersebut pada 14 Oktober ini. Pada waktu ini, anda masih perlu memuat turun pelanggan RuneScape untuk main permainan itu." />

RuneScape boleh dimain melalui Steam bermula pada 14 Oktober

Permainan massively-multiplayer online (MMO) RuneScape bakal diperkenalkan dalam katalog platform Steam. Ia akan dilancarkan di platform tersebut pada 14 Oktober ini. Pada waktu ini, anda masih perlu memuat turun pelanggan RuneScape untuk main permainan itu.

Penulis yakin ramai pemain PC di Malaysia pernah main RuneScape versi klasik yang dahulu dilancarkan pada tahun 2001. Versi ini boleh dimain terus melalui pelayar internet dan sehingga hari ini, anda masih boleh main versi tersebut melalui Old School RuneScape. Untuk pelancaran di Steam, Jagex akan melancarkan versi terkini permainan tersebut.

RuneScape boleh dimain secara percuma tetapi pengalaman permainan percuma adalah agak terhad. Anda perlu menjadi ahli dengan bayaran bulanan untuk mendapatkan pengalaman permainan yang lengkap. Menurut laman web RuneScape, keahlian selama sebulan boleh dilanggan pada harga RM33.99.

Jagex menyatakan keputusan ini dibuat untuk memperkembangkan lagi komuniti RuneScape. Mereka juga sedang merancang untuk melancarkan RuneScape di peranti mudah alih pada masa depan.

Sumber: Jagex

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+