Sah! Anthem Akan Hadir Ke PlayStation 4, Xbox One dan PC Pada 22 Februari Ini

KEMASKINI: Anthem juga dikatakan takkan mempunyai loot box dan bukan pay 2 win!

BioWare mengumumkan informasi baru mengenai Anthem pada persidangan EA Play sebentar tadi. Permainan seakan Destiny itu akan dilancarkan pada 22 Februari, 2019 di PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Pemain mengawal peranan sebagai Freelancer dan memakai sut Javelin yang ada 4 jenis. Ia boleh menerbangkan pemain dalam misi mereka dan adalah fully customizable. Permainan ini direka untuk bermain dengan rakan ataupun solo.

Anthem mengambil tempat dalam dunia belum diteroka dan Freelancers adalah pelindung bagi manusia sejagat. Mereka meneroka dunia berbahaya dikatakan ‘ditinggalkan oleh dewa-dewa’ untuk memenuhi kontrak, menyelesaikan misi dan menangani ancaman.

Apabila pemain kembali ke hab utama, mereka akan menyaksikan naratif Anthem yang memfokuskan pada jalan cerita. Meneroka dunia akan menjadi pengalaman paling seronok yang mana pemain akan mengalami kitaran siang/malam dan cuaca berubah sambil terserempak dengan musuh dan persekitaran yang direka dengan sangat berhati-hati.

BioWare inginkan pemain berada dalam dunia yang mana mereka akan jatuh cinta dengan karakter dimainkan.

RELATED NEWS

+