SAH! Dingoz MPX juara liga PMPL MYSG musim ketiga, layak ke SEA Finals

Kuala Lumpur: PUBG Mobile Esports Malaysia mengumumkan Dingoz MPX sebagai juara liga PMPL MYSG S3 sebentar tadi.

Kemenangan ini sekali gus melayakkan mereka ke SEA Finals yang akan berlangsung tak lama lagi.

Di PMPL,  Dingoz MPX bersama 19 pasukan PUBG Mobile lain bertarung selama tiga minggu bagi merebut slot ke final SEA yang mana hanya satu pasukan saja layak mendapat slot terus selepas bergelar juara liga.

Nantikan pula Grand Final PMPL MYSG S3 pada 23 hingga 25 April bagi mengetahui dua lagi slot untuk layak ke SEA Finals.

Bagi empat pasukan tercorot iaitu Todak, TRX, Team Bosskurr dan NED, mereka tidak akan mara ke Grand Final.

Mereka juga tidak mengalami sebarang perubahan mata dan memperoleh keseluruhan 336 mata, di depan Team Secret sebanyak empat mata sahaja.

Terdahulu, Dingoz MPX hangat diperkatakan soal kemenangan mereka apabila didakwa melakukan team up dan melanggar dropspot pasukan lain.

RELATED NEWS

+