Saksikan Trailer Fortnite Battle Royale, Dikeluarkan Di Peranti Pintar!

Nampaknya Battle Royale dah jadi trend untuk mobile pulak!

Epic mengumumkan kejutan itu semalam dengan membawakan game fenomena, Fornite ke peranti pintar, lengkap dengan crossplay. Fasa beta akan hadir ke iOS dan pendaftaran dah boleh dibuat. Jom saksikan trailer di bawah ni:

Pihak Epic juga menjanjikan Fortnite di peranti pintar akan beroperasi dengan lancar dan nampaknya stail cartoonish yang digunakan amat sesuai untuk resolusi yang lebih rendah untuk iOS dan Android.

Butang kawalan dan antaramuka juga tak mengecewakan. Peta ditempatkan di upper left cornerinventory di bawah skrin dan butang sentuh di kiri dan kanan. Kita masih belum tahu kebebasan pemain untuk mengubah kedudukan butang ini.

Daftar di sini dan korang boleh pilih untuk cross-play bersama PS4, Xbox One dan PC jadi lepasni boleh ajak kawan dekat luar untuk main dekat phone sementara korang main di konsol di rumah!

Daftar dekat SINI.

RELATED NEWS

+