‘Saya Akan Tetap Sokong Dia Sampai Bila-Bila’ – Bebbie VJ, Isteri Kepada 2ez4Jepv

Semalam, Geek Fam berjaya menundukkan skuad dari Kota Singa, EVOS Esports SG dalam grand final kejohanan Liga Profesional Mobile Legends (MPL) MY/SG Musim Ketiga yang berlangsung di Sunway Pyramid pada Sabtu dan Ahad lalu. 

Mereka membawa pulang wang tunai terkumpul RM103,000. Geek Fam dianggotai oleh 2ez4Jepv, Rippo, Xorn, Feekz, Artz dan Dominus. 

Baca lanjut: Geek Fam Harumkan Nama Negara

Penulis sempat menemubual isteri kepada Mohd Haqqani Jaffar ataupun 2ez4Jepv. Jom dengarkan perkongsian menarik daripada Syahaitul Akma Mazlan @Bebbie VJ ini!

 

Kenal Jep sejak 2017

Gambar: Bebbie VJ

“Saya kenal dia (suami) ketika dia bersama Saiyan pada 2017. Masa itu dia baru sertai Team Saiyan untuk MSC 2017. Maksudnya, saya dah memang aware yang Jep adalah seorang gamer,”

Syahaitul menambah, dia sentiasa menyokong suaminya walaupun sedar yang dirinya juga akan terpalit dengan kecaman sejak Jep nekad keluar daripada Team Saiyan lagi.

“Saya percaya dia sebagai seorang lelaki, bukan mahu dengar bebelan dari pasangan tapi sokongan. Biarlah sokongan tu hanya daripada saya seorang, saya takkan give up untuk tetap sokong suami. Kalau bukan saya, siapa lagi?

 

Bahagikan masa, hubungan jarak jauh

Gambar: Page FB 2ez4Jepv

Syahaitul berkata, sebelum berkahwin, Jep lebihkan masa di Johor dan dia pula di Sarawak. Jep hanya akan ke Sarawak dalam tiga ke lima bulan sekali untuk jumpa dengannya dan keluarga.

“Dia akan tinggal di sini (Sarawak) selama seminggu. Saya pula akan ke Semenanjung apabila dia ada pertandingan saja. Itu saja cara adil untuk kekalkan karier masing-masing, bersama keluarga masing-masing dan masih kekalkan hubungan percintaan jarak jauh ni haa.

“Dia masih dengan keluarga dia, begitu juga saya. Jep akan selalu bagitahu jadual dia streaming, bila dia berlatih dan bila dia ke pertandingan. Tak pernahnya dia abaikan saya. Kami juga selalu video call ketika dia stream dan saya akan jadi tukang baca komen live dia. 

“Kelakar pun ada sebab selalu kacau viewers dia dan dia akan respond sambil main game. Lagi senang lah dia berinteraksi dengan peminat sebab kalau dia kena baca komen, susah,”

 

Sokong jatuh bangun karier Jep

Gambar: Page FB 2ez4Jepv

Antara kecaman hebat diterima 2ez4Jepv apabila dia membuat keputusan untuk menukar pasukan. Tak kurang juga ada netizen mengibaratkan dirinya sebagai ‘katak yang melompat pasukan’. Dari MyA ke Team Saiyan, ke MyA kembali dan kemudian ke Team Tamago seterusnya MCB dan akhir sekali Geek Fam. 

Namun, isterinya positif dengan menganggap itu semua hanya dugaan belaka malah dia tidak henti memberi nasihat.

“Bagaimana saya bagi sokongan moral? Saya nasihatkan saja dekat dia. Dalam industri begini, Jep kena sentiasa positif. Orang luar tak tahu cerita sebenar dan yang menghadap semua cabaran ini adalah Jep dan rakan-rakan dalam pasukan. 

“Paling tak dilupa sokongan padu daripada pengikut Jep dan juga yang lain sentiasa berdoa dan menyokong dari dia tiada apa-apa hinggalah sampai ke tahap sekarang.

“Alhamdulillah Ya Allah, saya pasti Jep dan rakan-rakan sangat menghargai semua itu walau hanya ada 30-50 penonton di stream saat mereka mengalami kejatuhan. Di mana datang kekuatan kalau bukan dari sokongan? Moga semua ini dapat memberi pengajaran kepada semua,” katanya mengakhiri perbualan.

Penulis harapkan Jep dan isteri lebih berjaya di masa akan datang dan dapat harungi susah senang bersama!

————–

 

Korang tahu tak yang Geek Fam berkolaborasi dengan Predator?

Jom datang beramai-ramai ke Grand Final XPAX Kejohanan E-Sukan Kampus (KEK) yang akan berlangsung pada 26 dan 27 April ini di Sunway Pyramid Ice Skating Rink! Dengar cerita, bukan ada tournament melibatkan pelajar universiti/kolej je tapi ada persembahan artis tanah air, dan kemunculan istimewa XPAX X-Assins! 

Yang paling best, korang pun boleh try Predator Thronos ni tau nanti. Percuma saja! 

Selain itu juga, Acer akan menjual tshirt, backpack dan pelbagai lagi aktiviti menarik. Korang juga boleh cuba pengalaman menggunakan produk daripada Acer, mana tahu ada yang berkenan boleh korang beli untuk main dekat rumah ataupun bawa ke kuliah ke kan?

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+