“Saya Harap Lebih Ramai Wanita Ceburkan Diri Dalam E-Sukan” – Ramona Azween

Habis dah acara e-sukan Female Esports Asian Roundup (FEAR) yang berlangsung di pusat kafe siber Tbun di Seksyen 2, Wangsa Maju, Kuala Lumpur semalam!

Dengar nama acara pun dah tahu ia agak rare kerana 8 skuad Dota 2 dan 8 skuad CS:GO yang diwakili gadis-gadis dan wanita bertanding untuk merebut hadiah terkumpul RM10,000 (termasuk vouchers!).

Yang menjadi perhatian penulis dah tentunya Ramona Azween Zaharuddin, 28 yang juga pemain veteran CS:GO tak terlepas peluang join tournament ni. 

Ramona

Ramona mewakili Mercenaries X. Walaupun tak berjaya rebut gelaran juara, penulis boleh lihat dari riak wajahnya, dia memang teruja dengan pertandingan unik sebegini.

“Sekarang saya main casually dan tak berapa kompetitif sebab nak fokus pada perkara lain. Tapi hari ini, saya sangat teruja sebab ada pertandingan macam ni. Boleh nampak ada ramai sangat bakat baru.

“Saya tak pernah lagi nampak perempuan compete at this level sebab sebelum ini pun ada kejohanan dalam talian saja. Bila ada LAN tournament macam ini, lain macam sambutannya. Back in my days, saya terpaksa bermain dengan lelaki saja dan tak ada pilihan macam ini,”

Ramona juga berbangga kerana lebih ramai perempuan tonjol bakat mereka dan tak malu bertanding. 

“Kalau dulu, ramai yang sukakan game kasual saja tapi sekarang dengan pendedahan e-sukan, lebih ramai yang main secara kompetitif dalam Dota 2 dan CS:GO.

“Harapan saya adalah wanita boleh bermain dengan lelaki di peringkat kompetitif dan saya tak rasa ia sesuatu yang tak baik. E-sukan sekarang adalah cabang kerjaya dan permainan seperti Dota 2 tawarkan banyak role kepada mereka untuk pilih,”

Gadis yang juga bekas skuad CS:GO Orange Esports ini tak menolak kemungkinan untuk menjadi jurulatih kalau diberi peluang.

“Sekarang saya nak fokus pada Youtube. Tapi kalau ada tawaran untuk jadi jurulatih, apa salahnya. Saya akan pertimbangkan,”

Penulis harap lebih banyak pembabitan wanita dalam e-sukan selepas ini kerana jujur lah penulis saksikan sendiri tournament ni memang awesome gila!

RELATED NEWS

+