Segala Yang Korang Perlu Tahu Tentang Kejohanan Dunia Mobile Legends, M1

Kejohanan dunia Mobile Legends: Bang Bang, M1 akan berlangsung di Axiata Arena pada 15 – 17 November ini. Peringkat kumpulan pula akan bermula esok hinggalah 14 November (Khamis).

Sebanyak AS$250,000 (RM1.03 juta) akan menjadi rebutan pasukan-pasukan berentap di pentas dunia ini.

Di sini penulis senaraikan segala info yang anda perlu tahu tentang M1.

 

16 pasukan dari 13 negara

Lapan pasukan dipilih dari Liga Profesional Mobile Legends:  Bang Bang (MPL) bagi lima negara iaitu Filipina, Malaysia, Singapura, Indonesia dan Myanmar.

  • Sunsparks (MPL Filipina)
  • Onic PH (MPL Filipina)
  • TODAK (MPL MY/SG)
  • Axis Esports (MPL MY/SG)
  • EVOS Esports (MPL MY/SG)
  • EVOS Legends (MPL Indonesia)
  • RRQ (MPL Indonesia)
  • Burmese Ghouls (MPL Myanmar)

 

Lapan lagi pula layak menerusi pusingan kelayakan M1 yang diadakan tak lama dulu. Mereka adalah:

  • Deus Vult (Russia)
  • Evil Esports (Turki)
  • Team Gosu (Amerika Syarikat)
  • Candy Comeback (Thai/Laos)
  • 10Second Gaming+ (Jepun)
  • Geo Esports (Brazil)
  • Impunity KH (Kemboja)
  • VEC Fantasy Main (Vietnam)

 

Jadual perlawanan peringkat kumpulan – Livestream di Youtube Mobile Legends: Bang Bang

Seperti yang anda saksikan di jadual ini, perlawanan pembukaan hari pertama akan dimulakan dengan perlawanan pasukan kegemaran dari Indonesia, RRQ menentang wakil Singapura, EVOS SG. RRQ akan bermain sebanyak tiga perlawanan begitu juga EVOS SG.

Di kumpulan B, wakil negara, Axis Esports akan bertarung dalam tiga set perlawanan pada 12 November dan pertarungan mereka agak sengit menentang Team Gosu dan Burmese Ghouls.

Di kumpulan C pula, Todak selaku wakil negara berada dalam zon agak selamat namun tidak boleh terlalu selesa menentang pasukan dari Filipina, Sunspark. Pasukan Brazil dan Turki pula kita tidak boleh mengagak kekuatan mereka.

Dua pasukan pilihan, Onic PH dan EVOS Legends bakal membuat kejutan dengan meta (strategi) baru mereka, sehari sebelum playoffs pada 15 November.

Difahamkan, hanya lapan pasukan akan ke playoffs nanti yang akan diwakili oleh dua skuad teratas dari kumpulan masing-masing.

 

Jadual acara utama – Livestream di Youtube Mobile Legends: Bang Bang

Jangan lupa untuk datang pada majlis perasmian yang akan bermula pada jam 10:30 pagi dan saksikan empat set perlawanan pada 15 November.

Artis hip-hop tanah air, K Clique akan membuat persembahan pada jam 10:30 pagi dan perlawanan upper bracket final juga akan bermula pada hari tersebut (Sabtu).

Pada hari akhir, akan ada persembahan dari cosplayers dan perlawanan Grand Final menggunakan format best of 7 akan bermula pada jam 3 petang.

 

Cosplayer dan barisan pengulas

Barisan cosplayer akan terdiri daripada bakat-bakat yang tak asing lagi seperti:

  • Abudora
  • King Angel
  • Ezy Keisuke
  • Ellemonade
  • Melina Lai

 

Pengulas-pengulas dalam Bahasa Melayu akan disertai oleh NR Mamba, Addmaths, Ikuto00 dan juga Sith.

Bagi pengulas Bahasa Inggeris, terdapat enam orang dan mungkin mereka akan membuat rotasi bagi setiap perlawanan yang diulaskan.

  • Wolf (Filipina)
  • Qontra (Malaysia)
  • Huskkiee (Malaysia)
  • Gideonq (Malaysia)
  • Icybaby12 (Malaysia)
  • Manjean (Filipina)

 

Hadiah cabutan bertuah

Bagi pembeli tiket M1, anda berpeluang untuk menangi hadiah cabutan bertuah yang bernilai lebih RM600,000.

Antara hadiah utama yang menjadi pilihan ialah Yamaha Y15ZR v2 (YSUKU) 2019 (2 unit) dan unlock kesemua hero dan skin (selama-lamanya) bagi tiga akaun.

Ini antara hadiah lain:

  •  16 x Handphone Honor Play
  •  25 x Kerusi Gaming M1
  •  120 x Headset Gaming Aorus H5
  •  60 x Skin (Permanent)
  •  600 x Pek Supremacy M1
  •  17,700 x Barangan In-Game (Diamond, Hero & Premium Skin Fragments, Tickets & Magic Dusts)

Bagi info lanjut selebihnya, boleh layari laman web rasmi mereka di http://m1.mobilelegends.com/MLBB/Home

(Foto: Laman web M1, MLBB Facebook)

RELATED NEWS

+