SEGi College, FSA dan EVOS Esports tandatangani memorandum perjanjian

SEGi College Subang Jaya hari ini menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) bersama FSA Esports Management Academy (FSA) dan EVOS Esports dalam usaha mempromosikan program pensijilan bersama untuk Penciptaan Kandungan Sukan Elektronik.

Kolaborasi ini akan membantu lebih ramai penuntut SEGi serta orang awam yang berminat menyertai program ini yang akan dijalankan selama enam minggu. 

Bagi program tersebut, EVOS akan membangunkan kandungan latihan pensijilan manakala FSA akan mengendali dan SEGi College Subang Jaya akan mengiktiraf serta menyokong pengendalian program pensijilan ini. Peserta akan akan menerima sijil yang sah selepas tamat program.

Dalam program itu, peserta akan mempelajari kemahiran dan teknik perancangan, penciptaan dan pelancaran kandungan profesional untuk e-sukan. Mereka juga akan didedahkan kepada teknik dan strategi pra dan pasca. produksi asas termasuk penyuntingan, penggambaran, pengurusan bakat dan pemasaran.

“Objektif utama kami adalah untuk meningkatkan standard e-sukan di Malaysia. Kami harap sijil ini dapat meningkatkan tahap profesionalisme peserta dengan bantuan pelatih terpilih,” kata Setlla Lau, Ketua Pegawai Eksekutif, SEGI Group of Colleges.

Katanya lagi, amat penting bagi bakat muda bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan baru yang timbul dalam landskap bidang pekerjaan mereka.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+